AKU, WANITA DAN HAWA..


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. "

AHAKSSS!!!!

July 8, 2011

Genap setahun Peristiwa(8/7/'10) dan Kenangan ITU(5/7/'10). -Part 3

   Salam untuk semua pembace setia Blog aku nih...hehehe...dah la x cantik mcm blog kalian... tapi ade 'isi'nya..tau.. Oklah... Dalam  entri yg lepas{Part 1 7 Part 2}dah macam2 story dah aku share...Yg ni sambungannye pulak..:PERISTIWA ITU yg aku maksudkan<<<

       Macam biase dalam setiap sesi MSK ni, pasti ade  xtvt  kembara..[membelah badai & samudera..ceh3x..]lau join aktvt ni, benda yg kita x pernah join  n buat pun kita "terboleh" buat...hahhaaha!! teringat mase sesi 1/2009...
   Di pendekkan cerita, selesai aktvt kembara tgahari tu, dapatlah rehat 1jam lebih,, petg tu dalm kul 2.00 aktvt berjalan seperti biase.. untuk kali ni, pergerakan para pelajar adalh berdasarkan kumpulan yg telah d beri  dan mereka perlu membuat latihan persembahan Mlm Kebudayaan malm tu....
 Almaklumlah sedang "bercuti" aku jadi 'mood out' plak nak handle d org, tambahan pulak d org pun tga keletihan dan  paling mencabar mata ni... diaorg pun same mcm Fasinya jugak, tooooo sleepy..hahahahaa!!!
heyy!!! sabo je lah!!! Tapi nasib baiklah d org ni sporting je, dlm mengantuk n letih tu ade semangat nak wat rehearsal untuk mlm  persembahan  nanti...chaiyok3x!!! la korg...
    Sambil2 tu aku tolong mereka ni wat  costume  yg nak d gunakn malam nanti.. gitu-gini; jam 7 malm da berkemas2 untuk mkn mlm n solat maghrib..." Jam 8 .45mlm kamu semua dah berkumpul dalm DSG ye"

sekadar hiasan jek..

Aku pun tak tahu "hantu" ape  yg merasuk aku malam tu menyebabkan aku jadi 'HOT' je malam tuh!!!Selesai persembahan  daripada anak2 buah aku{kumpulan 7} aku terus duduk d luar dewan dan terdengar satu 'suara' hamba Allah tu meminta agar semua pelajar balik ke asrama masing2,THANKS sangat kat Hamba Allah tu... :) aku tgok jam, 11.22pm, dalam hati ni cuma berkata, baguslah, dapatlah diaorg rehat lame sikit berbanding malam2 sebelumnya... Siang td pun dah keletihan aktvt kembara...
    Eh5x..!!!! Datang pulak suara dari belakang minta mereka2 ni semua,"patah balik!!, masuk dewan semula!!! Perghhh!!! Kesiannya diaorg, ade yg dah masuk dorm, d panggil semula... Selidik punya selidik, just nak bergambar je!!! Gedik la bahagian Media n Fotographer tuhhh!!!Esok2 x boleh ke?????


Aku pun x  tahu macam mane 'Perasaan' marah yg wujud dalam hati td telah aku zahirkan dgn kate2 yg tanpe aku sedar aku berjalan masuk kedalam dewan dan 'sound' la mamat yg sorg nih, yg sibuk suruh mereka berpatah balik td!!  Rasenya aku taklah menggunakan kata2 yg  kesat, ini d akui oleh pelajar yg berada d tempat kejadian yg betul2 berada di depan aku malam tu..."Kak, Abg tu yg lebih2, kesian akak, nasib baik tak kene mase dye baling mikrofon tuh..."

Secara jujurnya, malam tu, aku hampir2 terkena balingan mike dari  hamba allah tersebut...,dalam pada itu, aku terdengar ade yg cakap, "memang dah lame aku aim  dia nih!!" dah tahu aim dgn aku kenapa tak luahkan je kat aku malam tu, fight ke!!Tumbuk ke!! Ni cakap belakang la beb!!! Bilal konon!!!hampehhhh!!   sementara tuh aku terdgr dentuman dinding dewan di tumbuk... fuyohhh dah macam ape dah malam tu, hey, sabo je lah, aku terpakse control keadaan dgn menyatakan,"Jage sikit adab dgn org perempuan!! x reti2 nak hormat ke?? macam mane nak DIHORMATI  TAPI DIRI SENDIRI TAK MENGHORMATI??!!!"  Tapi ayat mamat tu yg paling tak bole blaa...hahahahaha!!!* "So, ko nak salahkan aku!!!" >> Aku pun jawab, "Of coz!!"<<Mungkin mamat tu bengang agaknye, dye terus keluar meninggalkan dewan...

p/s:* Ayat tu menjadi 'mainan' rakan2 dalam dorm n kelas untuk sem kali ni..  : D

Pastu aku terus keluar dari dewan dan menangis sepuas-puasnye...kerana memikirkan diaorg yg tga keletihan, tapi d perlakukan sedemikian, itu tak termasuk dgn peristiwa petg semasa rehearsal kat dewan td...Tapi malas nak 'perbesarkan'...dan malas nak tulis kat entri ni...





 





DAHSYATNYA HARI KIAMAT!!!

Gambaran Hari Qiamat 
 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

 ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Pesanan Buat Wanita....[Part 2]

20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda, " Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiranmu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s. w. t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
h. Ingat kepada mati

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim"

100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah.

Wallahua'lam

Sujud sahwi

Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tahiyyat akhir dan Selawat, tepatnya sebelum mengucapkan salam. Kata-kata sujud sahwi artinya "Sujud Lupa". Tetapi Sujud sahwi dilakukan bukan saja disebabkan lupa, juga disebabkan meninggalkan SUNNAH AB'ADH (Sunnah yang sangat ditekankan dalam solat, seperti Tasyahud Awal dan Qunut dalam solat Subuh) saja dengan sengaja pun tetap disunnahkan melakukan Sujud sahwi.

Di antara sebab-sebab disunnahkannya Sujud sahwi, sebagaimana dikatakan Syaikh Ibnu Ruslan dalam kitab Zubad, adalah, "Sebab-sebab Sujud sahwi yang disunnahkan untuk dilakukan tepat sebelum salam adalah karena melalaikan sesuatu yang bila dilakukan secara sengaja dapat membatalkan solat. Juga kerana meninggalkan sunnah ab'adh dengan sengaja atau kerana lupa. Dan tidak disunnahkan melakukan Sujud sahwi karena meninggalkan Sunnah HAI'AT (seperti mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, misalnya)."

Hadith yang berkenaan dengan Sujud sahwi di antaranya yang diriwayatkan  Abu Sa'id Al-Khudri, ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang di antara kalian ragu di dalam solatnya sehingga ia tak tahu lagi apakah ia sudah melakukan solat sebanyak tiga rakaat atau empat rakaat, hendaklah dibuangnya keraguan itu dan yang ia yakini, kemudian hendaknya ia sujud sebanyak dua kali sebelum melakukan salam. Sekiranya ia telah melakukan solat 5 Rakaat, berarti solatnya telah digenapkan dengan Sujud sahwinya itu. Dan sekiranya ia solat tepat empat rakaat, dua sujud itu menghinakan bagi Setan." (HR. Ahmad dan Muslim).

Diriwayatkan pula dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya setan itu masuk di antara anak Adam dan Nafsunya, sehingga ia tidak tahu sudah berapa rakaat ia melakukan solat. Maka bila seorang di antara kalian mengalami hal demikian, hendaklah ia sujud dua kali sebelum memberi salam." (HR. Abu Ahmad dan Ibnu Majah).

Adapun bacaan Sujud sahwi ialah:

SUBHAANA MAN LAA YANAAMU WA LAA YAS-HU, (Maha Suci Dzat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa) (3x)

July 6, 2011

TERPAKSE.... :"(

    Pagi ni dalam jam 09.43a.m, aku menerima 1 panggilan telefon daripada sebuah  kilang  ni..

 Jawatan tersebut memang aku ade apply 2 minggu lepas, x sangka pulak secepat ini mereka bg  feedback... 
Atas dasar tiada rumah sewa n sebagainya, aku terpakse melepaskannya...


Lain pula ceritanya apabila ade  yg menyibuk, mengatakan  "gatal sangat apply jauh2 wat pe!!! "
yg duk bercakap tu lagi lah gatal, ade degree tapi simpan je n duk umah je wat pe!!!

July 5, 2011

Genap setahun Peristiwa(8/7/'10) dan Kenangan ITU(5/7/'10)....Part 2 !_!

Antara  wajah2 anak buah aku..hehehe..

Alhamdulillah lah aku 'dikurniakan' 11 org anak buah untuk sesi kali ni...Mereka pun ok je... sporting+ kelakar(coz; selalu wat aku x kering gusi...hahahahahakk!!!)+cumel2 belaka+sekepala jugak dgn aku.. Sejujurnya dalm ramai2 tu yg sangat menarik perhatian aku seorg adik ni;asal dari Kelantan...comey deh!!! tak betah kecek Arab sajo.. tu yg "terpikat" tu hahahaha!!! Namo pun dah unik doh...ngengenge~~~~

Berikut adalah beberape reason aku pilih mereka semua ni:
  • Mereka ni sumenya dari group yg ke-7..Number 7 memang berkait rapat dalam hidup aku...
  • 7 Februari aku d lahirkan..
  • 7 merupakn jumlah hari dlm seminggu...
  • 7 tu nombor ganjil,Allah suka jumlah yg ganjil....
    Ni je reason aku jika mereka tnye aku, kenapa pilih mereka... w/pun kadang2 menggeletar jugak time nak mulakan/bagi briefing dalm setiap mukadimah aktivt LDK... entahlah, kadang2 dlm otak asyik setting aku ni baru lagi,tak layak...memikirkan aku ni dah last sem, kena buat la jugak..
Agak mencabar diri aku sbgai seorg Fasilitator ialah bila mana setiap aktvt yg aku jalankan(lau ikutkan semua fasi jalnkn aktvt yg same je..) mendapat soaln balas yg agak perit nak menjawabnya...hahahaha!!! "Kak, ape rasionalnye wat benda ni?? Ape kebaikan buat aktvt ni?? Ape motif aktvt ni??? Bosan la Kak...saye tak faham..." 


             Dan time tu aku mula menyalahkan diri  ini yg memang tak pandai ambil hati mereka.hmmm... 
:"(


Paling aku kaku bila mane tga jalankan aktvt LDK, Ketua Fasilitator yg terdiri dari kalangan Lecturer2 dgn senyap2 duduk sekali dlam group tuh..perghhh!!! tu yg kadang2 tersasul-sasul ayatnye...hahahaha!!



Sebenarnya bila ingat kembali kenangan  MSK ni..teringat mase 1st time masuk kat institut ni dulu(5 Januari 2009) sedih+sayu+nak meraung pun ade coz x pernah berjauhan dgn mak n ayah...









July 4, 2011

Genap setahun Peristiwa(8/7/'10) dan Kenangan ITU(5/7/'10)....[Part 1]

Majlis Perasmian Kenangan itu..
Hari nie genap setahun...(seperti tajuk d atas..)
Flashback......Kisah bermula:


Barisan2Pem. Fasilitator kecuali yg baju Merah n Oren tu,mereka Fasilitator...hehehhe...
     Jika ikutkan  mase 1st name terpampang untuk menjadi "Pembantu Fasilitator" tu rase berat hati untuk  terima kenyataan itu, lau tak nak kene cari org untuk ganti tempat aku,dgn syarat dari kos yg same, aku da offer pada yg berkenaan sumenye bagi jawapan yg same.."x minat la Kak Yah",kite x layak lah Kak..,boleh ke??layak ke??? ..... tu la alasan d org ...macam2... cuti sem 2 minggu otak asyik fikirkan tugasan sebagai pembantu fasi je time tu...hmmm...
     
          Dalam situasi  yg penuh dgn tnde tnye, aku  wat jugak preparation untuk blik smula ke Institut..Gitu-gini, 4 hb julai after zohor, aku da bertolak ke Institut.. Bilik yg d tetapkan untuk Fasi  >Aras bawah, bilik 1-7 hingga 1-9 sahaja< macam tulah notis yg ade kat Guard depan mase tu.. Dah selesai tandatgn attendance dgn Kakk Guard tu, aku bergegas ke bilik yg berkenaan, "alamak nak duk  kat bilik sebelh tu ade "hamba Allah yg "tu" plak..."x pelah, ku duduk bilik 1-9 ni je, kosong, xde org pun... sampai2 je kemas ckit2 dorm tu... Dan berdasarkan notis kat guard td, mlm ni ade perjumpaan dgn semua Pembantu2 Fasi..

 Dan malam itu..(ceh..ayat skema je kan2...) Meeting  tersebut d ketuai oleh Ketua Fasilitator yg juga merupakan Pakar Psikologi Institut, merangkap juga Warden kami(asrama perempuan) dan turut d sertai oleh warden asrama lelaki.. Dalam pada mase yg same Kad Fasi telah dberikan kepada kami semua, Berlaku satu insiden yg tidak ku minta...huhuuhuhu.. Pada mulanya kenape la name aku tak d panggil untuk menyertai rakan2 yg lain dalm menjalankan tugas seperti mereka yg telh pun d bahagikan kepada beberapa kumpulan...
Bile dah d count2 jumlah kami adalh seramai  12 org.. Ape dah terjadi???
Kami jadi ape?? Ape tugasan kami??? Tu je la yg otak aku dan beberapa sahabat yg lain fikir mase tu...
"Kamu yg takde tugasan ni adalh antara yg special d mata kami.. Kamu  12 org ni, saye lantik sebagai Fasilitator..Dan saye hanya Penasihat sahaja.."(merujuk kpada Ketua Fasi n Naib Ketua Fasi>Warden lelaki tu<) Fuyoooh!!! macam tu sekali ek.... mase tu rase macam  tak berkeyakinan n takut sangat2!!!! KERANA APE:
  1. Aku xde xperience untuk menjadi seorg Fasi..kalu nak dbandingkan dgn 2 org senior aku tu..
  2. Time tu xde rase yakin langsung nak handle Group yg akan aku pegang nanti.. alaa senang citer, x prepare n aku 'zero' sgt time tu...Kesian aku.
  3. Tapi memang benar firasat seorg yg arif tentg ilmu Psiko.ni memg hebat!!! Ketua fasi sgt2 la faham keadaan aku time tu sehingga terlontar kate2; "Zahariah, awak ok??Teringat kat kembar awak ke?? Xpe, saye yakin awak boleh buat"     Ish3x...Positif la Kak Yah!!

Gitu gini..jam dah pukul 2.16 pagi ..memang x sedar pun mase berjalan.. syok sgt kot dengar taklimat n d tambah pulak dgn macam2 perasaan... MENANTIKAN HARI ESOK......
To be Continued....

July 3, 2011

Soalan & Jawapan..

Soalan 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.  

Soalan 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.  

Soalan 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.  

Soalan 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)  

Soalan 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.  

Soalan 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran ?
Jawab: Surah an-Nur.  

Soalan 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).  

Soalan 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.  

Soalan 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.  

Soalan 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw? Jawab: Salman al-Farisi.  

Soalan 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.  

Soalan 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.  

Soalan 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.  

Soalan 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.  

Soalan 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.  

Soalan 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.  

Soalan 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.  

Soalan 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.  

Soalan 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.  

Soalan 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.  

Soalan 21: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw? Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56

Soalan 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.  

Soalan 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an? Jawab: Siti Maryam.  

Soalan 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.  

Soalan 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.  

Soalan 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.  

Soalan 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash  

Soalan 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.  

Soalan 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.  

Soalan 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)  

Soalan 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.  

Soalan 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.  

Soalan 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.

Soalan 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.  

Soalan 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).  

Soalan 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suriteladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.

Soalan 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.  

Soalan 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba '.  

Soalan 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.  

Soalan 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.  

Soalan 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.  

Soalan 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.  

Soalan 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.  

Soalan 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.  

Soalan 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..  

Soalan 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.  

Soalan 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.  

Soalan 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.  

Soalan 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'  

Soalan 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.  

Soalan 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.  

Soalan 52: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.

Soalan 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.  

Soalan 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.  

Soalan 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.  

Soalan 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.  

Soalan 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.  

Soalan 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).  

Soalan 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.  

Soalan 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.  

Soalan 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.  

Soalan 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.  

Soalan 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.  

Soalan 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.  

Soalan 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.  

Soalan 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.  

Soalan 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.  

Soalan 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.  

Soalan 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.

Soalan 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.

Soalan 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.  

Soalan 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.  

Soalan 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an? Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.

Soalan 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah  

Soalan 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.  

Soalan 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.  

Soalan 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.  

Soalan 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.  

Soalan 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.  

Soalan 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.  

Soalan 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.  

Soalan 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.

Soalan 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlash..  

Soalan 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.  

Soalan 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.  

Soalan 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.  

Soalan 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.  

Soalan 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.

Soalan 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soalan 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.