AKU, WANITA DAN HAWA..


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. "

AHAKSSS!!!!

June 26, 2011

UNTUK SEMUA STUDENT MEKATRONIK, BANGGA TAK DGN STATEMENT NI??

GOLONGAN BELIA DISARAN CEBURI BIDANG MEKATRONIK : HAJIJI
Kota Kinabalu : 24 April 2011

Golongan belia yang tercicir dalam akademik tetapi mempunyai kemahiran diri boleh menceburi bidang mekatronik.









Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata kerajaan sentiasa menyedia peluang-peluang kemahiran kepada golongan belia yang tercicir dalam akademik tetapi mahir dalam bidang kemahiran.

Beliau menambah menerusi Vis Machatronic salah satu pusat yang menyediakan skil kemahiran dalam bidang mekatronik dapat meningkat ilmu pengetahuan golongan belia yang berminat.

Jelas Hajiji Vis Mechatronic telah memperolehi pencapaian yang membanggakan dalam bidang mekatronik.

Tambah beliau dalam aspek akademik peratusan kelulusan pelajar Vis Mechatronic adalah sebanyak 99.19 peratus pada sesi lepas (2010) dan analisis data peperiksaan menunjukkan sebanyuak 80 peratus pelajar mencapai keputusan cemerlang.

“Selain kecemerlangan akademik, pelajar Vis juga berjaya memasuki peringkat akhir yang dianjurkan oleh Institut Kemahiran CIAST di Shah Alam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucapa Majlis Konvokesyen kali ke 3 Vis Mechatronic di Bangunan 1Borneo semalam. Teks ucapan belia disampaikan oleh Setiausaha Politik di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Abdul Kassim Razali.

Turut hadir sama Pengarah Vis Mechatropnic Malaysia, Manickavasagam, Pengurus Vis cawangan Sabah, Victor Soosai Retnam Joseph, Pengurus bahagian Pinjaman Latihan Perbadanan Tabung Pembangunan Kewangan (PTPK), Inaz Zulkifli serta 40 pelajar dan ibu bapa.

Majlis Konvokesyen itu menyaksikan 40 pelajar pelajar tamat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 di mana 30 pelajar daripada Sabah dan 10 dari Semenanjung Malaysia termasuk 8 perempuan menyertai bidang mekatronik selama enam (6) bulan.

Menurut Hajiji para pelajar Vis turut didedahkan dengan program-program yang berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan, selain mengadakan program gotong royong dengan masyarakat setempat.

Jelas beliau pada tahun 2009 sebanyak 60.1 peratus graduan Vis telah berkerja berbanding 39.9 peratus pada tahun 2006.

Kebanyakkan 34 peratus graduan bekerja dalam kumpulan juruteknik dan profesional tambah beliau sementara 14 peratus dalam sektor perkilangan dan 24 peratus lagi dalam kumpulan pekerjaan utama.

“Ini jelas menunjukkan bahawa graduan Vis Mechatronic di peringkat sijil (Sijil Kemahiran Malaysia) Tahap 2 dan Tahap 3 dan diploma (Diploma Kemahiran Malaysia) Tahap 4, amat laris di pasaran dalam industri yang memerlukan kemahiran diri khususnya berkaitan dengan kejuruteraan mekatronik.

Sementara itu, Pengarah Vis Mechatronic Malaysia, Manickavasagam berkata Vis Mechatronic telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan telah melahirkan seramai lebih kurang 1,000 orang graduan daripada bidang Kejuruteraan Mekatronik.

Jelasnya Vis mempunyai tiga buah cawangan telah dibuka iaitu Shah Alam, Klang dan di Tuaran, Sabah pada tahun lepas 2010 dan kini beroperasi sepenuh dalam tahun ini (2011).

Tambah beliau tahun lepas sahaja 30 pelajar daripada Sabah telah menyertai SKM selama 6 bulan dan tahun ini sebanayk 50 orang lagi pelajar semuanya daripada sekitar bandar raya Kota Kinabalu, Tuaran dan kawasan luar bandar.

Tegas Manickavasagam para pelajar yang berkemahiran dalam bidang mekatronik amat diperlukan oleh pihak industri, kerana mereka berkebolehan dalam beberapa teknologi seperti elektrikal, elektronik, pneumatic, hydraulic, plc dan komputer.

“Menyedari pentingan bidang kemahiran mekatronik, Vis telah membuka cawangan pertamanya di Tuaran, Sabah dan dikendalikan oleh Pengurus Vis cawangan Sabah, Victor Soosai Retnam Joseph serta tenaga pengajar yang terdiri bekas pelajar Vis daripada Sabah. Tahun ini Vis mengambil para pelajar daripada Sabah seramai 50 orang” ujarnya.

Tambah beliau kesemua pelajar tersebut dibiayai oleh Jabatan Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) dan setiap kursus dianggarkan RM5,000. Bantuan kewangan ini berbentuk pinjaman kepada golongan belia yang berminat menyertai kejuruteraan mekatronik.

June 25, 2011

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.



Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. - www.iluvislam.com

DUHAI PENDAMPINGKU - Edcoustic




  • Di hatimu tersimpan cinta yang suci
    Serta mendalam pernikahan dari beda dunia
    Meski kau terbiasa hidup tanpa perih
    Namun kau ikhlas hidup bersahaja
    Namun bahagia

    Reff : 
    Duhai pendampingku, akhlakmu permata bagiku
    Buat aku makin cinta
    Tetapkan selalu janji awal kita bersatu
    Bahagia sampai ke surga

    Maafkan aku jika tak bisa sempurna
    Karena ku bukan lelaki yang turun dari surga
    Ketulusan hatimu anugerah hidupku
    Doakan langkah  kita tak berpisah
    Untuk selamanya...