ZazaTheJourNeyS!ngLe!sS!mPle

>HANYA AKU, DIA DAN MEREKA~aku anak laut~


AKU, WANITA DAN HAWA..


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. "

AHAKSSS!!!!

glitter-graphics.com
Showing posts with label jalinan ukhuwah dan cinta. Show all posts
Showing posts with label jalinan ukhuwah dan cinta. Show all posts

July 1, 2011

Sanubari yg terpendam... TERHARUNYA!!! T_T

•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Allah..







Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali.

Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggung jawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, kau telah wujud di dalam diriku sejak dulu lagi.
Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku daripada mengenali mereka kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka.

Kerana itulah, aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan.

Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi bagiku, lebih baik berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan kubuat expressionless face dan cool. Akan kupalingkan wajahku dari lelaki yang ralit merenungku ataupun cuba menegurku.

Aku cuba sedaya mungkin melarikan pandanganku dari ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah, sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki.

Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku pada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, akulah yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah.

Andainya aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku aku juga perlu menjadi perempuan yang baik untuknya. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan, sebagai manusia aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Setiap kali perasaan itu datang setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah di bahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak. Berbagai-bagai dalil kukemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah.

Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ sebaliknya sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupanku yang ceria selama ini telah dirampas dari diri ini.

Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.

Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kurasakan seolah-olah dirimu wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Kutahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan untukku.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang bisa wujud di mana-mana. Namun, aku juga punya keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasanmu itu padaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syarak. Aku bimbang perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada jalan mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya kau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang kumimpikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu.

Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku.

Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.
*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´
Semoga bermanfaat Insya Allah...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

قبل أن تكتب لي الحلال

(Sebelum Engkau Halal BagiKu) https://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354

JOIN PAGE https://www.facebook.com/pages/Untukmu-Calon-Imamku-yang-Tertulis-Di-Lauhul-Mahfudz/169617539766615






Posted by ZAZA at 9:47 AM
Labels: jalinan ukhuwah dan cinta
0 comments

June 25, 2011

DUHAI PENDAMPINGKU - Edcoustic




  • Di hatimu tersimpan cinta yang suci
    Serta mendalam pernikahan dari beda dunia
    Meski kau terbiasa hidup tanpa perih
    Namun kau ikhlas hidup bersahaja
    Namun bahagia

    Reff : 
    Duhai pendampingku, akhlakmu permata bagiku
    Buat aku makin cinta
    Tetapkan selalu janji awal kita bersatu
    Bahagia sampai ke surga

    Maafkan aku jika tak bisa sempurna
    Karena ku bukan lelaki yang turun dari surga
    Ketulusan hatimu anugerah hidupku
    Doakan langkah  kita tak berpisah
    Untuk selamanya...



    http://musiklib.org/Edcoustic-Duhai_Pendampingku-Lirik_Lagu.htm
Posted by ZAZA at 8:20 AM
Labels: jalinan ukhuwah dan cinta
0 comments

June 24, 2011

Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: 

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".


Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: 

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: 

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”
Posted by ZAZA at 9:46 PM
Labels: jalinan ukhuwah dan cinta
0 comments

June 18, 2011

Kenapa??


Lagu banyak memainkan peranan dalam diri seseorg betol x???sape setuju?? dan bagi aku lagu ni masih mejadi tanda tanya dalm diri aku.... apa,kenapa dan mengapakah??? lagu ni dimainkan pada hari terakhir aku diasrama last year...16 disember.. Tak perlu la nak dnyatakn siapakah gerangan manusia tu, dye tersangat2 la rapt dgn aku....Aku ingt lagi time tu aku wat tahu je,dan situasi tu terjadi ketika d wakaf depan tempat barng2 aku berlonggok..hahahhaha!! "Ape hal la dye nie bukak lagu jiwang2 plak.." getus hati aku mase tu....


 

Lagu ni pulak aku yg mainkan pada saat aku dah nak berangkat masuk dalam lereta, sebelum tu sempat lagi minta maaf dan minta d halalkan ape2 yg telh aku ambil dan segala silap aku pada mereka semua...Bagi aku hari itu merupakan hari "cinta terakhir"kita semua.........................cinta kita pada tempat blaja kita,asrama,lecturer dan "kenangan "yg tak dpt djual beli d mana2....

..kenangan kita.














Posted by ZAZA at 3:28 AM
Labels: jalinan ukhuwah dan cinta
0 comments

June 17, 2011

APabiL@ ADAM berbicara...>>Ukhti Izinkan Aku Mengkhitbahmu♥

 ♥Ukhti...♥
Kami hanya seorang lelaki biasa yang ingin mencuba menjadi luar biasa dengan menjaga pandangan hanya untuk wanita yang akan menemani perjuangan kami. Meski kadang mata ini tak mampu untuk menahan karena syaitan yang terus mengganggu kami, maka kami ingin segera menghilangkan syaitan ini dari mata kami. Maka Ukhti, izinkan kami mengkhitbahmu.

♥¸Ukhti...
Kami memang bukanlah seorang lelaki sejati bak seorang Ali R.A, tapi kami berusaha untuk memegang janji seperti Ali R.A, kami akan komitmenkan cinta kami selepas menikahimu. Maka izinkanku mengkhitbahmu.

♥¸Ukhti...
Kami begitu terpesona dengan keindahanmu. Maka kami akan begitu bangga bila kami ikut menjaga kehormatanmu bila kau mau menjaga kehormatanmu. Tak kau buka auratmu selain pada mahrammu, kau kibarkan jilbabmu, menandakan kau tulus menjaga kehormatanmu. Maka ukhti, izinkanku mengkhitbahmu.

♥¸Ukhti...
Kami ingin menjaga kesucianmu sebagai seorang muslimah. Kami tidak redha bila hawa nafsu akan hadir di antara kita yang membawa kita pada ujung maksiat. Dari khalwat bahkan jangan sampai terbuai zina. Naudzubillah... Maka ukhti, izinkanku mengkhitbahmu.

♥¸Ukhti...
Kami ingin membentengi diri kami dari kemaksiatan. Hingga tak ada masa lagi kami memikirkan maksiat bila kau ada untuk menjaga diri kami dari setiap langkah kami menuju ladang kehinaan. Maka ukhti, izinkanku mengkhitbahmu.

♥¸Ukhti...
Kami ingin menanam benih perhiasan dunia padamu. Karena kami yakin, pasangan kami adalah isteri yang solehah. Tentu kau pun tahu, perhiasan terindah di dunia ini adalah wanita sholehah, yang akan membuat kami serasa dan tenteram. Maka ukhti, izinkan ku mengkhitbahmu.

Izinkan kami ya ukhti untuk mengkhitbahmu,agar setelah itu kita boleh menjalankan Sunnah Rasulullah Alaihi Wasallam iaitu MENIKAH.

Tak ada lagi daya upaya kami untuk berusaha menjaga setiap langkah ibadah kami, supaya engkau mau berjuang bersama-sama kami.

Maka bukalah sayapmu, jangan kau tutup kesempatan kami dengan alasan-alasan yang tak mampu kami terima. Kami ingin membentengi diri dan tentu membentengi dirimu dari perangkap syaitan.

♥Ukhti... 
Izinkanku mengkhitbahmu, 
lalu kita siarkan sunnah Rasul, sampai menuju Jannah-Nya.
*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´
Semoga bermanfaat...
Posted by ZAZA at 9:47 PM
Labels: jalinan ukhuwah dan cinta
0 comments

June 11, 2011

10 PERKARA BUKTI LELAKI ITU RUMIT


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.(x memasal ade pic Adam Lambert...kwangkwang....)





3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. .

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada mereka yg bernama lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar...

Posted by ZAZA at 2:28 PM
Labels: jalinan ukhuwah dan cinta, kembali pada-NYA
1 comments

June 10, 2011

PIONEER OH PIONEER...(PART 2..)

Lepas je abis taklimat @orientasi tgari tu... semua yg melapor diri pada hari tersebut di berikan uniform mengikut option masing2.. "Alamak!!! kene pakai bju renyuk ke???huhuhuhu.. perkara yg x boleh nak terima time tu...
hahahaha!!!
Lebih kurg jam 4.30 bru aku dletakkan  di jabatan Manual Insert(MI)... mase tu macam2 perasaan ade.... nervous+takut+blur2 je...+tak confident untuk mulakan tugasan ...
Aku d letakkan d bwah seliaan Senior Engineer@MI-Pioneer Malaysia... Lau ikutkan aku pun tak tau jawatan beliau sebagai ape, dah pakai topi hijau tu setahu aku Supervisor je... tapi awatnya  pakai bju bru gelap?? hmmm...aku tau pon dlm pertgahan bulan ke 2 terakhir aku kat situ..huhuu.. macam biase la, hari 1st, aku d perkenalkan dgn organisasi dalam jabatan tersebut... kenal dgn mesin2... dgn abg2 senior technician, dan yg paling penting aku tnyekan  ialah balik pukul brape??? hahahahaha!!! Pada hari tu sepatutnya blik jam 6 ptg, tapi aku lewat15 minit...atas arahan Abg Mie, coz bnyak perkara hndak d perkatakan katanye.... ngeeengeee~~~~~~
Posted by ZAZA at 6:54 PM
Labels: jalinan ukhuwah dan cinta, kembali pada-NYA
0 comments

June 6, 2011

Santai je....

.♥
    .♥
         .♥


.♥        .♥   .♥        
                     .♥    
MENGIMBAS KENANGAN DGN RAKAN2...


  5 Dis 2010- merupakan  hari d mana semua ahli kelab(x perlu lah nak interframe name club tu...) yg wujud kat tempat aku study mengadakan kem "Satu Hati",bertempat di Pantai Puteri, Tnjg Kling,Melaka.. Tak sangka pulak terpilih untuk menjadi seorg Fasilitator..


                     .♥    


W/pun dalam otak aku mase tu setting-"Aku x ready la!!" tapi. Alhamdulillah, aku dapat melaksanakannya dgn baik...Aku d tugaskan dalm check point ke 9... Bile da bersantai macm tu, rase tenang n rileks sgt otak mase tu, memandgkn esoknya(Isnin,exam Teori, 60 soalan..)huhhuu.. ^____^
   Adakalanya, timbul jgak perasaan negatif dalam otak ni, bile melihat gelagat 1 team dari kos tuttttt  yg menggedik dgn #$^&*@!!!!..  huh!!! meluat sey!!! tapi wat tak fham je..

Dah terpesong dah niat tu..ish3x... nasib baik la junior aku...

  
           
Posted by ZAZA at 4:53 PM
Labels: jalinan ukhuwah dan cinta, kembali pada-NYA
0 comments

June 4, 2011

1ST iMPRESSION...!!!!!!

1st impresssion aku ketika mula2 tiba kat kilang ni... aku 'termakan' dgn kata2 senior aku tentang kilang ni(macam2..tp biarlah masuk telinga kanan keluar telinga kiri je...dan...BIARLAH RAHSIA...)
Hakikatnya.. don't judge book from this cover...

Benarlah, jika sesuatu perkara itu  kita lakukan dgn ikhlas dan bersangka baik... ALLAH pasti akan permudahkan segala urusan.INSYAALLAH..Dan sebenarnya, sepanjang LI kat sini aku belum pernah terjumpa lgi dgn ape yg d perkatakan oleh senior2 aku yg lepas...Perasaan mereka je kot...    
KESIMPULANYA, kita perlu sentiasa bersangka baik dalam ape jua perkara(ingatan untuk diri aku jgak tau..)   "Bersangka buruk itu adalah sebahagian dosa"                                                  


   
Posted by ZAZA at 11:41 AM
Labels: jalinan ukhuwah dan cinta, kembali pada-NYA
0 comments

June 1, 2011

PIONEER OH PIONEER...


Sekadar nak 'flashback' peristiwa2 & kenangan di Pioneer...

Hari 1st aku kat sane punyelah terkejut@shock culture la org kate... dengan
suasane industri, coz tak pernah keje kilang..."Jauh perjalann luas pengetahuan"huhuuhu.. selepas di beri taklimat oleh cik Roslina, iaitu HR yg menguruskan kami, tentg sedikit(lau banyak pulak semasa dan ketika LI la bru m0re knowledge...) kilang ni..aku ingat lg soaln yg dajukan pada aku ketika IQ Test djalankn..

"Siti, ape tu ESD??" (haa???? tak pernah blaja pon n 1st time dgr nih!!En Azmi tak ajar pon.. getus hatiku..hakhakhakhak!!!) aku pun dgn yakin dan berdiri,menjawab "tak tahu,cik"... ngeeeee.....

"Eh kate study Elektronik, tak tau ke??"tanye cik tu lagi.. "tak" jawab ku... Then, abg Technician yg melapor diri pada hari yg same dgn aku yg duduk depan aku ni yg jawab. -ELEKTROSTATIC DISCHARGE-


Disini dikongsikan sedikit sebnyak tentng ESD:

Electrostatic Discharge, or ESD, is a single-event, rapid transfer of electrostatic charge between two objects, usually resulting when two objects at different potentials come into direct contact with each other. ESD can also occur when a high electrostatic field develops between two objects in close proximity. ESD is one of the major causes of device failures in the semiconductor industry.

Electrostatic charge build-up occurs as a result of an imbalance of electrons on the surface of a material. Such a charge build-up develops an electric field that has measurable effects on other objects at a distance. The process of electron transfer as a result of two objects coming into contact with each other and then separating is known as 'triboelectric charging'.

This charging process results in one object gaining electrons on its surface, and therefore becoming negatively charged, and another object losing electrons from its surface, and therefore becoming positively charged. A person can get triboelectrically charged in a number of ways, even by just walking across a room. The tendencies of various materials to charge up either positively or negatively are shown in a Triboelectric Series.

There are three (3) predominant ESD models for IC's: 1) the Human Body Model (HBM); 2) the Charged Device Model (CDM); and 3) the Machine Model (MM). The HBM simulates the ESD event when a person charged either to a positive or negative potential touches an IC that is at another potential. The CDM simulates the ESD event wherein a device charges to a certain potential, and then gets into contact with a conductive surface at a different potential. The MM simulates the ESD event that occurs when a part of an equipment or tool comes into contact with a device at a different potential. HBM and CDM are considered to be more 'real world' models than the MM.

ESD-related failures manifest in a number of ways, exhibiting one or more of these attributes: junction leakage, short, or burn-out; dielectric rupture; resistor-metal interface rupture; resistor/metal fusing; and die surface charging.>>>>> SUMBER:

www.siliconfareast.com






Posted by ZAZA at 8:48 PM
Labels: jalinan ukhuwah dan cinta, kembali pada-NYA
1 comments

January 4, 2010

Fitrah manusia terhadap hakikat cinta..

Memulakan nukilan mengenai cinta, ingin ku saji kalian dengan sajak indah cinta yg menukil kan fitrah manusia terhadap hakikat cinta..

Cinta adalah akad dan pernikahan
Cinta adalah airnya kehidupan bahkan ia adalah rahsia kehidupan
Cinta adalah kelazatan ruh, bahkan ia adalah roh kehidupan

Dengan Cinta…
menjadi terang semua kegelapan
akan cerah kehidupan
akan menari hati
dan akan bersih qalbu

Dengan cinta semua kesalahan akan dimaafkan..
Dengan cinta semua kelalaian akan diampunkan..
Dengan cinta akan dibesarkan makna kebaikan..

Kalaulah bukan kerana cinta..
Maka tidak akan saling meliuk satu dahan dengan dahan lainnya,

Kalaulah bukan kerana cinta..
Tidak akan merunduk rusa betina kepada jantannya,
Tidak akan menangis tanah yang kering terhadap awan yg hitam,
Dan bumi tidak akan tertawa terhadap bunga pada musim semi

Ketika cinta hampa dalam kehidupan..
Maka jiwa akan sempit dan terjadilah pertikaian dan perselisihan

Ketika cinta telah hilang..
Maka akan layu bunga..
Akan padamlah cahaya..
Akan pendeklah usia..
Akan kering danau dihutan belantara..
Dan akan silih berganti dating penyakit dan sengsara..

Kalau cinta telah sirna..
Tatkala itu lah lebah meninggalkan bunga..
Tatkala itu burung pipit meninggalkan sarangnya..
Tatkala itu lah kutilang tidak hinggap lagi pada pucuk cemara..

Sekiranya lautan mempunyai pantai
Dan sekiranya sungai mempunyai muara..
Maka lautan cinta tidak berpantai..
Dan sungai cinta tidak bermuara..

Makna dan Hakikat Cinta

Cinta dalam bahasa arab disebutkan Mahabbah. Sinonim kata cinta dalam bahasa arab menghasilkan lebih dari 60 kosakata/mufradat.

Hal ini menunjukkan cinta merupakan hal yang agung bagi mereka, selalu didendangkan oleh penyair dan dilantunkan oleh para pujangga dan disebut-sebut dalam pertemuan. Sama hal nya dengan pemujaan mereka terhadap kedermawanan dan keberanian sehingga lafaz singa dan pedang bagi orang arab mempunyai ratusan sinonim.

Cinta dalam bahasa arab sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Qayyim rh mempunyai berbagai macam makna:

• Cinta bermakna kesucian, kebeningan dan kejernihan

• Cinta bermakna percikan dan riak, seperti percikan dan riak air yang nampak ketika hujah lebat turun.

• Cinta bermakna teguh dan tidak berpindah, sebagaimana teguhnya unta ketika ia duduk diperintah oleh majikannya, sekalipun banyak batu yg melukainya, begitu pula dengan cinta, ketika ia telah terbuhul/terikat kuat, maka ia tidak akan mahu berpindah kepada yang lain.

• Cinta bermakna inti, isi dan biji yag dijadikan benih.

• Cinta bermakna bejana besar dan berisi penuh yang tidak mungkin lagi dimuatkan dengan sesuatu yg lain, begitu pula dengan cinta ia tidak dapat diisi dengan sesuatu yang lain.

• Cinta juga bermakna tungku sebagai tempat pembakaran yang diatasnya diletakkan sesuatu, begitu juga dengan cinta, ia menerima beban yang dipikul atas nama cinta.

(Sila lah lihat Raudhatul Muhibbin karangan Ibnul Qayyim al-Jauziyah)

Ibnu Hazm rh berkata,"Cinta mula nya gurauan dan akhirnya serius. Sulit membuat definisi yang benar tentang cinta dan memahami hakikatnya, kecuali setelah bersusah payah dalam mengetahuinya. Dan cinta bukanlah dari perkara yang terlarang dari agama, kerana hati ditangan Allah swt dan banyak yang telah jatuh cinta dari kalangan khalifah dan imam. (Thuqul Hamamah, Ibnu Hazm, Darul Kutub ilmiyah hal. 6-7)

Hakikat Cinta, Kasih Sayang dan Pernikahan

Banyak orang menyangka bahawa cinta diperoleh ketika sebelum bernikah, menurut mereka saling berkenalan antara satu sama lain, mereka bergurau senda, bermesra, berkasih sayang, dan melakukan apa yang diharamkan oleh Allah swt sebelum dari akad dan pernikahan,itu lah cinta. Maka sesungguh nya apa yang difikirkan oleh kebanyakkan daripada manusia itu adalah sesuatu yg dilarang oleh Allah swt dan diharamkan kerana ia perbuatan yang menghampiri zina. Dan apabila kita mengikut perjalanan hidup manusia tanpa ilmu yang benar, kita akan lebih mudah terjurus kelembah kesesatan dan kemaksiatan.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra', 17:32)

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6:116)

Kerana pada masa mereka yang disebut sebagai berpacaran/couple, adalah masa yang sangat sulit untuk mengenal pasti kejujuran dan memahami keperibadian, pada masa itu lah pasangan masing-masing sedang menjadi pelakon terbaik, melakukan penyamaran yang amat tersembunyi terhadap pasangannya.

Maka, oleh sebab itu kita tidak melihat banyaknya terjadi kegagalan dalam membangun rumah tangga seperti pasangan yang mendirikan rumah tangga nya dengan berpacaran, bahkan banyak pula diantara mereka gagal sebelum sampai kehari pernikahan, atas desakan nafsu yang meronta-ronta dan kemudian ia mengorbankan segalanya termasuk kehormatan dirinya.

Mengapa ini terjadi?, mengapa perkahwinan yang didirikan atas dasar berpacaran tidak akan bertahan lama?, Kerana apa yang selama ini ditutupi telah tersingkap, kerana perkahwinan yang seharusnya menjadi luar biasa menjadi biasa, maka nyata emas dari loyang telah jelas benang dan suteranya. Tidak mungkin mawaddah dan rahmah yg begitu mulia dan indah bisa tumbuh dengan sempurna kecuali dalam pernikahan yang sah dan cinta yang dibangun selepas pernikahan.

Seharusnya, setelah menikah baru muncul mawaddah dan mahabbah. Setelah menikah baru timbul rasa kasih sayang. Ini selari dengan Kalamullah yang mengatakan hanya dengan selepas pernikahan, maka Allah swt akan menjadikan rasa cinta, kasih dan sayang kepada suami dan isteri.

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Surah Ar-Ruum, 30:21)

Ibnu Kathir r.a berkata berkenaan ayat ini, "Dia menjadikan antara mereka berdua mawaddah iaitu mahabbah atau cinta dan rahmah iaitu kasih sayang, seorang laki-laki memperisterikan dan bertahan dengan isterinya dan kerana cinta kepadanya atau rasa kasih sayang sebab lahirnya anak dari rahim isterinya, atau sang isteri menuntut nafkah darinya, atau kerana kesamaan sifat antara mereka berdua atau kerana sebab lainnya. (Tafsir al-Qur'anul 'Azim, Tahqiq:sami Muhammad Salamh, Juz 6/309 Dar Thaybah, cet. II Riyadh)

Ibnu Qayyim rh berkata, "Seseorang tidak dicela dalam kasih sayang dan mabuk cinta terhadap isterinya, kecuali kasih sayang tersebut menyibukkan dirinya dari mencintai yang lebih bermanfaat iaitu cinta kepada Allah swt dan rasulNya atau mempersempitkan kecintaannya kepada Rasulullah saw. Kerana semua kecintaan yang menyempitkan kecintaan terhadap Allah swt dan RasulNya, sekiranya dapat melemahkan atau mengurangi kecintaan tersebut, maka ia tercela. Jika akan memperkukuh kecintaan kepada Allah swt dan RasulNya dan menjadi sebab kekuatannya, maka ia terpuji"

Cinta yang bermanfaat terbahagi kepada tiga:Cinta kepada Allah, Cinta kerana Allah dan Cinta terhadap sesuatu yang dapat membantu kepada ketaatan kepada Allah swt dan menjauhi maksiat kepadaNya.

Dan Cinta yang mudharat terbahagi kepada tiga juga:Cinta bersama Allah, Cinta terhadap apa yang dimurkai Allah, dan Cinta terhadap semua yang dapat memutuskan kecintaan Allah atau menguranginya. Ini lah enam pembahagian cinta yang menjadi asas dan dasar cinta semua manusia. Kecintaan kepada Allah swt yang berasal dari cinta yang bermanfaat tadi adalah dasar segala cinta yang terpuji dan ia menjadi dasar iman, tauhid dan dua bahagian lainnya hanya sebagai pelengkap sahaja.

Cinta Menurut Kebanyakkan Manusia

Sebahagian orang ada yang mengatakan, 'Cinta itu buta', 'Cinta itu azab', 'Cinta itu dari pandangan pertama'..

Cinta menurut mereka adalah hubungan nista sebelum pernikahan dan khalwat yang diharamkan..

Cinta bagi mereka adalah bermanis muka, berkata nista dan bertopengkan kejujuran untuk menjerat wanita..

Cinta bagi mereka adalah berpacaran, berpasangan dan berkasih sayang tanpa akad dan pernikahan, cinta bagi mereka adalah hubungan diluar pernikahan..cinta bagi mereka adalah penzinaan dan bersekedudukan..

Cubalah lihat apa yang terjadi diakhir zaman ini, apa yang telah diperbuat olehj kebanyakkan media massa. Lihat lah apa yang berlaku kepada dunia musik, semua mendendangkan suara syaitan dengan jerat-jerat cintanya. Lihat lah dunia perfileman dari Hollywood dan Bollywood nya, semua nya bercerita tentang hubungan yang haram atau cinta yang nista dan menipu. Perhatikan lah pergaulan bebas dijalan-jalan. Seakan mereka ingin menyatakan bahawa cinta adalah milik mereka, bahawa seperti mengatakan kebahagiaan adalah kebahagiaan mereka.

Bagi mereka, perkahwinan adalah kuburan bagi cinta, tidak ada cinta dalam pernikahan yang halal, yang tinggal hanya lah kewajipan dan tanggungjawab, yang ada hanya lah berletih dan berlelah dalam mencari nafkah.

Pemahaman ini, mereka buktikan pula pada banyakkan kegagalan mereka dalam mengharungi bahtera rumah tangga pada awal pelayaran mereka. Sehingga mereka trauma dan berputus asa mencari cinta yang halal, tidak mahu berkeluarga dan memilih untuk membujang selamanya.

Ditambah lagi, kurang nya perhatian dari orang-orang yang saleh terhadap urusan cinta atau mawaddah dan mahabbah, seakan-akan mereka dapat hidup tanpa cinta dan kasih sayang. Terutamanya dari sebahagian sahabat dari ikhwan pengajian dan kuliah, ketika itu mereka telah fokus pada pahala dan ganjaran.

Tidak tahukah mereka bahawa jalan kesyurga banyak bukit dan jurang, dipenuhi dengan onak dan duri?, Bagaimana bias sampai kesana jika tidak dengan cinta?, Bagaimana menimbulkan motivasi dalam meraihnya jika tidak ada pendorong dan sesuatu yang dapat melupakan letih dan susahnya.

Dua orang yang berjalan sambil membawa beban, akan terasa ringan perjalanan mereka tersebut, sekiranya mereka habiskan dengan bercerita.

Begitu lah pula seharusnya menggapai syurga, harus ada sesuatu yang dapat menggembirakan hatinya setelah seharian berpenat lelah berjalan, harus ada pula penghibur jiwanya setelah letih beribadah?, Yang menghiburkan dan membahagiakan nya itu lah Cinta.

Sungguh, membangun cinta dalam bahtera rumah tangga diatas rendah dan tingginya ombak, manis dan pahitnya kehidupan, jauh lebih baik dari apa yang mereka sebut dengan cinta. Lebih indah jika membangun dan melayari bahtera rumah tangga dengan disirami cinta.

Islam Bercerita Tentang Cinta

Cinta itu berat, banyak yang dapat memenangkan pertarungan melawan singa atau ia kuat melawan sepuluh atau seratus orang, tapi sering kali ia tidak kuat melawan gerak gejolak cinta. Allah swt berfirman:

رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya" (Surah Al-Baqarah, 2:286)

Yang tidak sanggup dipikul oleh manusia adalah cinta, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibrahim. Dan Muhammad bin Abdul Wahab berkata itu adalah 'isyq (mabuk cinta). (Tafsir al-Baghawi (1/358))

Manusia diciptakan lemah, terutamanya dalam perihal cinta. Allah swt berfirman:

يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ وَخُلِقَ الْإِنْسَانُ ضَعِيفًا

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah" (Surah An-Nisa' 4:28)

Manusia diciptikan dalam keadaan lemah dalam perkara wanita sebagaimana yang ditafsirkan oleh Thawus rh. Dan berkata Waqi' rh, "Hilang nya akal seorang lelaki ketika bersama mereka (wanita)"

Dan Rasulullah saw bersabda:

وعن أبي سعيد الخدري قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما رأيت من ناقصات عقل ودين أذهب للب الرجل الحازم من إحداك . رواه البخاري ومسلم

Dari Abu Said al-Khudri ra : Telah bersabda Rasulullah saw, 'aku tidak melihat manusia yang kurang akal dan agamanya yang dapat menghilangkan akal lelaki yang tegas seperti salah seorang dari kalian (wanita)" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Suatu hari Rasulullah saw ditanya oleh 'Amr bin 'Ash ra, "Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling engkau cintai?", Beliau berkata, "Apa yang engkau inginkan?" 'Amr berkata, "Hanya sekadar ingin tahu, ya Rasulullah!" Beliau menjawab, "Aisyah", Aku berkata,"Yang kumaksudkan dari laki-laki" Beliau menjawab, "Ayahnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

'Aisyah ra berkata,"Suatu hari isteri-isteri Nabi saw mengirim Fatimah putri Nabi saw, lalu ia masuk, sedangkan beliau berbaring dengan ku diatas selimut milikku. Lalu ia berkata, 'Wahai Rasulullah, isteri-isterimu meminta perlakuan adil terhadap puteri Qohafah (yaitu 'Aisyah), sedangkan aku memilih diam'. Rasulullah saw berkata, "Bukankah engkau mencintai apa yang aku cintai?' Ia berkata, 'Benar', Lalu beliau berkata,'Jika begitu, cintailah ia (yaitu 'Aisyah)" (Hadis Riwayat Muslim)

'Abdullah bin 'Abbas ra berkata, bahawa salah seorang berkata kepada Nabi saw, "Wahai Rasulullah, aku mempunyai anak yatim telah dipinang oleh lelaki kaya dan lelaki miskin. Kami menginginkan yang kaya sedangkan ia menyukai yang miskin". Rasulullah saw bersabda:

لم نر للمتحابين مثل النكاح

"Kami tidak melihat dua orang yang saling mencintai kecuali dengan pernikahan" (Hadis Riwayat Ibnu Majah, disahihkan oleh Syaikh Nasiruddin Al-Albani diSilsilah no 624)

Penutup

Alangkah indahnya hidup berumah tangga dalam rangka penghambaan diri kepada Allah swt. Di dunia mendapatkan kebahagiaan dan diakhirat memperoleh redha dan pengampunan.

Akhirnya kita akhiri dengan doa 'Ibadurrahman (hamba-hamba yang soleh).

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامً

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa" (Surah Al-Furqon 25:74)

Rujukan:

1. Al-Quranul Karim
2. Tafsir Ibnu Kathir
3. Maktabah Syamilah
4. Buhul Cinta oleh Ustaz Armen Halim Naro (Artikel ini dicetuskan dari buku ini)

Blog: www.asyrafdinie.blogspot.com

Artikel ini dicetuskan dari buku "Buhul Cinta" yang ditulis oleh Ustaz Armen Halim Naro. Kuliah yang disampaikan sangat menyentuh hati dan membuat kita benar-benar mengetahui cinta yang hakiki dan ingin untuk menggapai nya.Rakaman Kuliah Membedah buku Buhul Cinta Oleh Ustaz Armen Halim Naro beloh didownload di link dibawah ini:

http://www.4shared.com/file/180096511/50d75177/Armen_Halim_Naro_-_01_Buhul_Ci.html
http://www.4shared.com/file/180097805/fec55019/Armen_Halim_Naro_-_02_Buhul_Ci.html
http://www.4shared.com/file/180099478/26f03434/Armen_Halim_Naro_-_03_Buhul_Ci.html

Wallahua'lam..
Posted by ZAZA at 12:27 AM
Labels: jalinan ukhuwah dan cinta
0 comments
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

SHOUT it Loud!!!

Sahabat sekalian, tahniah jika anda membaca semua artikel dengan penuh tenang dan sabar. Buat anda yang masih skip-skip atau baca tak habis sebab bosan, tidak mengapa.

TENTANG SAYA..

My photo
ZAZA
Berasal dari Batu Pahat, dibesarkan di sebuah pekan di daerah ini...Mendapat pendidikan awal hingga ke peringkat STPM di daerah ini juga.Tahun 2009-2010 telah mengambil sijil Kemahiran Malaysia(Tahap 1,2 &3) Penghujung Tahun 2010,telah tamat menjalani Kursus Teknologi Mekatronik di sebuah institusi di selatan tanah air. Tahun 2012 hingga kini 2013, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia(DKM) dalam jurusan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik. Bercita-cita utk menjadi seorg KAUNSELOR yg berdedikasi dan berjaya dunia dan akhirat-- InsyaAllah.. Tujuan blog ini di cipta adalah utk berkongsi ilmu yg bermanfaat dgn semua yg mengenali.. ^_^
View my complete profile

Facebook Badge

Zahariah Alqudsi

Create Your Badge

Blog Archive

  • ▼  2013 (1)
    • ▼  04/07 - 04/14 (1)
      • Doa yang di ucapkan oleh Jibril a.s kepada Nabi M...
  • ►  2012 (1)
    • ►  06/24 - 07/01 (1)
  • ►  2011 (59)
    • ►  08/14 - 08/21 (1)
    • ►  07/31 - 08/07 (1)
    • ►  07/24 - 07/31 (1)
    • ►  07/17 - 07/24 (2)
    • ►  07/10 - 07/17 (5)
    • ►  07/03 - 07/10 (9)
    • ►  06/26 - 07/03 (11)
    • ►  06/19 - 06/26 (8)
    • ►  06/12 - 06/19 (9)
    • ►  06/05 - 06/12 (8)
    • ►  05/29 - 06/05 (2)
    • ►  05/22 - 05/29 (1)
    • ►  01/16 - 01/23 (1)
  • ►  2010 (15)
    • ►  05/02 - 05/09 (1)
    • ►  04/25 - 05/02 (2)
    • ►  03/21 - 03/28 (3)
    • ►  03/14 - 03/21 (2)
    • ►  01/24 - 01/31 (1)
    • ►  01/10 - 01/17 (1)
    • ►  01/03 - 01/10 (5)

Yg FOLLOW

Feedjit

Popular Posts

  • kenangan itu manis..
    Ape yg anda fham tentg gambar d atas???huhuhu.. ni just simbol asas dalm ilmu Hidraulik dan Pneumatik... Saje untuk entri kali ni, nak refre...
  • UNTUK SEMUA STUDENT MEKATRONIK, BANGGA TAK DGN STATEMENT NI??
    GOLONGAN BELIA DISARAN CEBURI BIDANG MEKATRONIK : HAJIJI Kota Kinabalu : 24 April 2011 Golongan belia yang tercicir dalam akademik tetapi m...
  • DUHAI PENDAMPINGKU - Edcoustic
    Di hatimu tersimpan cinta yang suci Serta mendalam pernikahan dari beda dunia Meski kau terbiasa hidup tanpa perih Namun kau ikhlas hidup...
  • BUAT ADAM YG MENCARI CINTA HAWA DAN BUAT HAWA YG MENANTI CINTA ADAM..
    Benar.. Jodoh itu ketentuan Tuhan.. tapi kita kan ada terma merisik..?? Salah ke merisik..?? Tak salah, bahkan dianjurkan supaya tak tersala...
  • Jangan Takut Kahwin Awal | iluvislam.com + discover the beauty of islam
    Jangan Takut Kahwin Awal | iluvislam.com + discover the beauty of islam
  • APabiL@ ADAM berbicara...>>Ukhti Izinkan Aku Mengkhitbahmu♥
      ♥ Ukhti... ♥ Kami hanya seorang lelaki biasa yang ingin mencuba menjadi luar biasa dengan menjaga pandangan hanya untuk wanita yang akan ...
  • Pesanan Buat Wanita....[Part 1]
    1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajiban...
  • @qu yg Lahir Pada 7 /2/'89
                   Kelahiran Hijriyah anda adalah pada   1 Rejab 1409 Hijriyah   iaitu jatuh pada hari Selasa . Sifat : Semasa kecil anda seo...
  • Genap setahun Peristiwa(8/7/'10) dan Kenangan ITU(5/7/'10)....Part 2 !_!
    Antara  wajah2 anak buah aku..hehehe.. Alhamdulillah lah aku 'dikurniakan' 11 org anak buah untuk sesi kali ni...Mereka pun ok je.....
  • Pesanan Buat Wanita....[Part 2]
    20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda, " Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam sel...
Picture Window theme. Powered by Blogger.