AKU, WANITA DAN HAWA..


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. "

AHAKSSS!!!!

July 10, 2011

HAPPY BUFDAY darling...

                   HAPPY BUFDAY JENY!!!
Hari ni 10 julai genap 21 tahun sahabat  aku yg seorg nih...Indian Gurlz... Happy Bufday, Darling!!hehehe!!!


Beliau merupakan satu-satunya sahabat dan rakan yg SENTIASE bersama dgn aku waktu susah senang aku ketika d Institut dulu.. Aku ingat lagi detik2 pertemuan dan perkenalan kami...huhuhu.. 1st day kat dalam bilik kuliah, dye duduk kat belakang seorg diri, semua student takut kot nak duduk dengan dye.. kebetulan deretan meja  tempat beliau adalah meja student2 boy..

Atas dasar simpati, aku mengajak duduk bertiga dgn aku di hadapan, nasib lah adik yg duduk sebelah aku ni sporting n x kisah sangat...
Kemana2 aku pergi mesti ade dye, tak tahulah, jodoh kami terlalu kuat...."Dimana ada Jeny, disitu ada Zahariah",kate seorg lecturer aku yg mengajarkan Subjek Pneumatik dan Elektronik ni..huhuhuhu... semasa di sekolah menengah pula, sejak ditingkatan 4, rakan2 aku adalah dalam kalangan bangsa Cina...
     Dari jauh lau nampak 'si Hitam dan si Putih' tu semua org dah kenal dan dah boleh agak siape...hahaha!!
    Dalam  BERSAHABAT,  mustahil jika tiada persengketaan dan selisih faham...betul tak???
Klau dah bertekak dgn dye, aku confirm kalah!! ~_~" Faham2 je... Kadang2 x bertegur langsung, sehingga keluar dari mulut dye sendiri,"Kak!! Kalau ade yg tak puas hati cakap, jgn simpan dalam,(sambil menuding kedada ku-HATI)... "Nanti you stress, tgoklah nih!!Senyum pun tak nak!!" Hahahaha!!! aku suke buli dye,Jahatkan...hehehe...

Sepanjg di institut, pic dgn dye la paling bnyak... TAK PERCAYE????





Ni mase Seminar Di Hotel Marriot, Putrajaya..

Ni mase Program 5S dalam kelas, mase ni tga mengecat kelas dan tga buat tagging meja n kerusi...


Kat ADTEC Melaka, temuduga terbuka untuk org awam n Hari Bertemu pelanggan..


sweet sangat!!


Kat depan Alamanda Putrajaya,selepas balik seminar..huhuhuhu..

Masuk paper 'buatan'sendiri..hahaha!!

Last day sebelum Check out asrama keesokannya..

Ni mase 1st day Praktikal kat Pioneer~_~"
   
Mase last day Praktikal di Pioneer Technology dgn warga PB33 tersayang!!!

Last day @ Bengkel Mekatronik, semasa hantar buku Log..4/4/2011

PERCAYA TAK??? HUHUHUHUHUHU.... :p

July 8, 2011

Genap setahun Peristiwa(8/7/'10) dan Kenangan ITU(5/7/'10). -Part 3

   Salam untuk semua pembace setia Blog aku nih...hehehe...dah la x cantik mcm blog kalian... tapi ade 'isi'nya..tau.. Oklah... Dalam  entri yg lepas{Part 1 7 Part 2}dah macam2 story dah aku share...Yg ni sambungannye pulak..:PERISTIWA ITU yg aku maksudkan<<<

       Macam biase dalam setiap sesi MSK ni, pasti ade  xtvt  kembara..[membelah badai & samudera..ceh3x..]lau join aktvt ni, benda yg kita x pernah join  n buat pun kita "terboleh" buat...hahhaaha!! teringat mase sesi 1/2009...
   Di pendekkan cerita, selesai aktvt kembara tgahari tu, dapatlah rehat 1jam lebih,, petg tu dalm kul 2.00 aktvt berjalan seperti biase.. untuk kali ni, pergerakan para pelajar adalh berdasarkan kumpulan yg telah d beri  dan mereka perlu membuat latihan persembahan Mlm Kebudayaan malm tu....
 Almaklumlah sedang "bercuti" aku jadi 'mood out' plak nak handle d org, tambahan pulak d org pun tga keletihan dan  paling mencabar mata ni... diaorg pun same mcm Fasinya jugak, tooooo sleepy..hahahahaa!!!
heyy!!! sabo je lah!!! Tapi nasib baiklah d org ni sporting je, dlm mengantuk n letih tu ade semangat nak wat rehearsal untuk mlm  persembahan  nanti...chaiyok3x!!! la korg...
    Sambil2 tu aku tolong mereka ni wat  costume  yg nak d gunakn malam nanti.. gitu-gini; jam 7 malm da berkemas2 untuk mkn mlm n solat maghrib..." Jam 8 .45mlm kamu semua dah berkumpul dalm DSG ye"

sekadar hiasan jek..

Aku pun tak tahu "hantu" ape  yg merasuk aku malam tu menyebabkan aku jadi 'HOT' je malam tuh!!!Selesai persembahan  daripada anak2 buah aku{kumpulan 7} aku terus duduk d luar dewan dan terdengar satu 'suara' hamba Allah tu meminta agar semua pelajar balik ke asrama masing2,THANKS sangat kat Hamba Allah tu... :) aku tgok jam, 11.22pm, dalam hati ni cuma berkata, baguslah, dapatlah diaorg rehat lame sikit berbanding malam2 sebelumnya... Siang td pun dah keletihan aktvt kembara...
    Eh5x..!!!! Datang pulak suara dari belakang minta mereka2 ni semua,"patah balik!!, masuk dewan semula!!! Perghhh!!! Kesiannya diaorg, ade yg dah masuk dorm, d panggil semula... Selidik punya selidik, just nak bergambar je!!! Gedik la bahagian Media n Fotographer tuhhh!!!Esok2 x boleh ke?????


Aku pun x  tahu macam mane 'Perasaan' marah yg wujud dalam hati td telah aku zahirkan dgn kate2 yg tanpe aku sedar aku berjalan masuk kedalam dewan dan 'sound' la mamat yg sorg nih, yg sibuk suruh mereka berpatah balik td!!  Rasenya aku taklah menggunakan kata2 yg  kesat, ini d akui oleh pelajar yg berada d tempat kejadian yg betul2 berada di depan aku malam tu..."Kak, Abg tu yg lebih2, kesian akak, nasib baik tak kene mase dye baling mikrofon tuh..."

Secara jujurnya, malam tu, aku hampir2 terkena balingan mike dari  hamba allah tersebut...,dalam pada itu, aku terdengar ade yg cakap, "memang dah lame aku aim  dia nih!!" dah tahu aim dgn aku kenapa tak luahkan je kat aku malam tu, fight ke!!Tumbuk ke!! Ni cakap belakang la beb!!! Bilal konon!!!hampehhhh!!   sementara tuh aku terdgr dentuman dinding dewan di tumbuk... fuyohhh dah macam ape dah malam tu, hey, sabo je lah, aku terpakse control keadaan dgn menyatakan,"Jage sikit adab dgn org perempuan!! x reti2 nak hormat ke?? macam mane nak DIHORMATI  TAPI DIRI SENDIRI TAK MENGHORMATI??!!!"  Tapi ayat mamat tu yg paling tak bole blaa...hahahahaha!!!* "So, ko nak salahkan aku!!!" >> Aku pun jawab, "Of coz!!"<<Mungkin mamat tu bengang agaknye, dye terus keluar meninggalkan dewan...

p/s:* Ayat tu menjadi 'mainan' rakan2 dalam dorm n kelas untuk sem kali ni..  : D

Pastu aku terus keluar dari dewan dan menangis sepuas-puasnye...kerana memikirkan diaorg yg tga keletihan, tapi d perlakukan sedemikian, itu tak termasuk dgn peristiwa petg semasa rehearsal kat dewan td...Tapi malas nak 'perbesarkan'...dan malas nak tulis kat entri ni...





 





DAHSYATNYA HARI KIAMAT!!!

Gambaran Hari Qiamat 
 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

 ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.