AKU, WANITA DAN HAWA..


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. "

AHAKSSS!!!!

January 8, 2010

DOA DARI TAFSIR SURAH AL-MUKMINUN UNTUK MENGELAK LUPA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا ،
وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا.

Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan , Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”

Petua Beramal

Dalam tafsir Ibn Kathir , diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab ra bahawa Nabi saw pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas.

Memerhatikan intisari munajat di atas , digalakkan hamba agar memohon kepada Allah kelebihan dalam anugerahNya , baik umur , rezeki , harta , anak anak yang soleh solehah dan sebagainya yang dinilai manusia sebagai nikmat . Selain itu juga , kita memohon kemuliaan agar dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.

>petikan dari buku 101 doa daripada hadis2 sahih terbitan Telaga Biru Sdn Bhd<

Kita Dipanggil Allah Hanya Tiga Kali..

>Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...<



Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah.Aku bertanya pada Ibu.
"Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah...?"

Maklumlah, ini pertama kali aku berumrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya menunaikan untuk Umrah di bulan Julai 2007 yang lalu.Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah.
Jadi aku mempunyai kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata,"Luqman, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..."
Keningku berkerut."Sedikitnya Allah memanggil kita...?"Ibu tersenyum.
"Iya, tahu tidak apa 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala.


"Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu.
"Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih tenang, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas.
Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, baik hambaNya itu menjawab panggilan azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya ketika hari Kiamat nanti". Saya terpaku,mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meetinglah, sibuk berurusan dengan rakan sepejabatlah, dan lain lain.
Masya Allah.


Ibu menyambung, "Luqman,panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" .Seorang hambaNya mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labbaik", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu". Mata saya semakin berkaca-kaca.Subhanallah.Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.Alhamdulillah...



"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebiasaan, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Luqman, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.Insya Allah syurga adalah balasannya..."

Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.

Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan kain Ihram dan berniat.Aku menjawab panggilan UmrahMu,ya Allah, Tuhan Semesta Alam.



Semoga Kisah ini menjadi tauladan dan iktibar...



IHSAN TERBAIK DARIPADA SAHABAT FBKu, DARI BRUNEI DARUSSALAM....

Disunting Dan Diolah Oleh: Imamboy...(11 Syawal 1430).

Kehormatan penghalang manusia berbuat kejahatan

Ingatan bagi pelupa:
KITA tidak boleh takbur dan mencari nama, tetapi kita tidak dilarang berusaha mencari kehormatan dengan memperbaiki budi sendiri. Gila hormat tidak boleh. Tetapi menjadi orang yang terhormat, haruslah menjadi tujuan hidup.

Lantaran jasa baik dan budi yang tinggi, kita harus beroleh kehormatan daripada sesama manusia. Kehormatan serta pandangan orang kepada kita dapat mendorong hati berusaha membuat yang lebih indah dan bagus.

Bagaimanapun, apabila kita melangkah dan berhasil, akan ada saja orang yang dengki. Ada yang sayang dan tidak kurang membenci. Orang yang benci itu, kerana mengakui kemuliaan dan kehormatan yang kita peroleh serta berusaha menghilangkan rasa hormat itu.

Oleh itu, digalakkan untuk sentiasa berusaha meningkatkan budi pekerti tinggi. Kehalusan dan ketinggian budi pekerti akan membuat lebih ramai orang sayang, begitu juga yang bakal membenci kerana iri hati.

Pepatah Arab berbunyi: "Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Jika tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Kerana orang yang terhormat itu, kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat."

Lantaran menjaga kehormatan dan serangan yang bertubi-tubi timbullah perjuangan sengit, mempertahankan kehormatan sambil menjaga budi pekerti. Perjuangan itu sulit dan hebat, tetapi jika tidak diteruskan, kita akan menyesal kerana bahagia akan terasa dalam dalam perjuangan tadi.
Sumber: Tasauf Moden oleh Prof Dr Hamka

January 4, 2010

Untuk KAUM ADAM

"Adam… maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesugguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam… maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangam kaummu mengatasi kaumku nescaya marahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri rupanya..

Adam… aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha Tuhan Allah Azzawajallah…
Adam… kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi makmumnya. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah seorang ketua.
Kau punya kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu.
Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1),…akalku (1), nafsuku beribu! Banyakkan Adam?! Oleh itu, pimpinlah tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga lalai dan alpa.

**
Wahai Adam… berilah Hawa sedikit kegembiraan
Maka Hawa akan berikan seluruh kesetiannya padamu..
Kegembiraan itu berupa kasih sayang, perhatian, belaian dan kejujuran.
Nescaya kau tidak akan hampa.”

Fitrah manusia terhadap hakikat cinta..

Memulakan nukilan mengenai cinta, ingin ku saji kalian dengan sajak indah cinta yg menukil kan fitrah manusia terhadap hakikat cinta..

Cinta adalah akad dan pernikahan
Cinta adalah airnya kehidupan bahkan ia adalah rahsia kehidupan
Cinta adalah kelazatan ruh, bahkan ia adalah roh kehidupan

Dengan Cinta…
menjadi terang semua kegelapan
akan cerah kehidupan
akan menari hati
dan akan bersih qalbu

Dengan cinta semua kesalahan akan dimaafkan..
Dengan cinta semua kelalaian akan diampunkan..
Dengan cinta akan dibesarkan makna kebaikan..

Kalaulah bukan kerana cinta..
Maka tidak akan saling meliuk satu dahan dengan dahan lainnya,

Kalaulah bukan kerana cinta..
Tidak akan merunduk rusa betina kepada jantannya,
Tidak akan menangis tanah yang kering terhadap awan yg hitam,
Dan bumi tidak akan tertawa terhadap bunga pada musim semi

Ketika cinta hampa dalam kehidupan..
Maka jiwa akan sempit dan terjadilah pertikaian dan perselisihan

Ketika cinta telah hilang..
Maka akan layu bunga..
Akan padamlah cahaya..
Akan pendeklah usia..
Akan kering danau dihutan belantara..
Dan akan silih berganti dating penyakit dan sengsara..

Kalau cinta telah sirna..
Tatkala itu lah lebah meninggalkan bunga..
Tatkala itu burung pipit meninggalkan sarangnya..
Tatkala itu lah kutilang tidak hinggap lagi pada pucuk cemara..

Sekiranya lautan mempunyai pantai
Dan sekiranya sungai mempunyai muara..
Maka lautan cinta tidak berpantai..
Dan sungai cinta tidak bermuara..

Makna dan Hakikat Cinta

Cinta dalam bahasa arab disebutkan Mahabbah. Sinonim kata cinta dalam bahasa arab menghasilkan lebih dari 60 kosakata/mufradat.

Hal ini menunjukkan cinta merupakan hal yang agung bagi mereka, selalu didendangkan oleh penyair dan dilantunkan oleh para pujangga dan disebut-sebut dalam pertemuan. Sama hal nya dengan pemujaan mereka terhadap kedermawanan dan keberanian sehingga lafaz singa dan pedang bagi orang arab mempunyai ratusan sinonim.

Cinta dalam bahasa arab sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Qayyim rh mempunyai berbagai macam makna:

• Cinta bermakna kesucian, kebeningan dan kejernihan

• Cinta bermakna percikan dan riak, seperti percikan dan riak air yang nampak ketika hujah lebat turun.

• Cinta bermakna teguh dan tidak berpindah, sebagaimana teguhnya unta ketika ia duduk diperintah oleh majikannya, sekalipun banyak batu yg melukainya, begitu pula dengan cinta, ketika ia telah terbuhul/terikat kuat, maka ia tidak akan mahu berpindah kepada yang lain.

• Cinta bermakna inti, isi dan biji yag dijadikan benih.

• Cinta bermakna bejana besar dan berisi penuh yang tidak mungkin lagi dimuatkan dengan sesuatu yg lain, begitu pula dengan cinta ia tidak dapat diisi dengan sesuatu yang lain.

• Cinta juga bermakna tungku sebagai tempat pembakaran yang diatasnya diletakkan sesuatu, begitu juga dengan cinta, ia menerima beban yang dipikul atas nama cinta.

(Sila lah lihat Raudhatul Muhibbin karangan Ibnul Qayyim al-Jauziyah)

Ibnu Hazm rh berkata,"Cinta mula nya gurauan dan akhirnya serius. Sulit membuat definisi yang benar tentang cinta dan memahami hakikatnya, kecuali setelah bersusah payah dalam mengetahuinya. Dan cinta bukanlah dari perkara yang terlarang dari agama, kerana hati ditangan Allah swt dan banyak yang telah jatuh cinta dari kalangan khalifah dan imam. (Thuqul Hamamah, Ibnu Hazm, Darul Kutub ilmiyah hal. 6-7)

Hakikat Cinta, Kasih Sayang dan Pernikahan

Banyak orang menyangka bahawa cinta diperoleh ketika sebelum bernikah, menurut mereka saling berkenalan antara satu sama lain, mereka bergurau senda, bermesra, berkasih sayang, dan melakukan apa yang diharamkan oleh Allah swt sebelum dari akad dan pernikahan,itu lah cinta. Maka sesungguh nya apa yang difikirkan oleh kebanyakkan daripada manusia itu adalah sesuatu yg dilarang oleh Allah swt dan diharamkan kerana ia perbuatan yang menghampiri zina. Dan apabila kita mengikut perjalanan hidup manusia tanpa ilmu yang benar, kita akan lebih mudah terjurus kelembah kesesatan dan kemaksiatan.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra', 17:32)

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6:116)

Kerana pada masa mereka yang disebut sebagai berpacaran/couple, adalah masa yang sangat sulit untuk mengenal pasti kejujuran dan memahami keperibadian, pada masa itu lah pasangan masing-masing sedang menjadi pelakon terbaik, melakukan penyamaran yang amat tersembunyi terhadap pasangannya.

Maka, oleh sebab itu kita tidak melihat banyaknya terjadi kegagalan dalam membangun rumah tangga seperti pasangan yang mendirikan rumah tangga nya dengan berpacaran, bahkan banyak pula diantara mereka gagal sebelum sampai kehari pernikahan, atas desakan nafsu yang meronta-ronta dan kemudian ia mengorbankan segalanya termasuk kehormatan dirinya.

Mengapa ini terjadi?, mengapa perkahwinan yang didirikan atas dasar berpacaran tidak akan bertahan lama?, Kerana apa yang selama ini ditutupi telah tersingkap, kerana perkahwinan yang seharusnya menjadi luar biasa menjadi biasa, maka nyata emas dari loyang telah jelas benang dan suteranya. Tidak mungkin mawaddah dan rahmah yg begitu mulia dan indah bisa tumbuh dengan sempurna kecuali dalam pernikahan yang sah dan cinta yang dibangun selepas pernikahan.

Seharusnya, setelah menikah baru muncul mawaddah dan mahabbah. Setelah menikah baru timbul rasa kasih sayang. Ini selari dengan Kalamullah yang mengatakan hanya dengan selepas pernikahan, maka Allah swt akan menjadikan rasa cinta, kasih dan sayang kepada suami dan isteri.

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Surah Ar-Ruum, 30:21)

Ibnu Kathir r.a berkata berkenaan ayat ini, "Dia menjadikan antara mereka berdua mawaddah iaitu mahabbah atau cinta dan rahmah iaitu kasih sayang, seorang laki-laki memperisterikan dan bertahan dengan isterinya dan kerana cinta kepadanya atau rasa kasih sayang sebab lahirnya anak dari rahim isterinya, atau sang isteri menuntut nafkah darinya, atau kerana kesamaan sifat antara mereka berdua atau kerana sebab lainnya. (Tafsir al-Qur'anul 'Azim, Tahqiq:sami Muhammad Salamh, Juz 6/309 Dar Thaybah, cet. II Riyadh)

Ibnu Qayyim rh berkata, "Seseorang tidak dicela dalam kasih sayang dan mabuk cinta terhadap isterinya, kecuali kasih sayang tersebut menyibukkan dirinya dari mencintai yang lebih bermanfaat iaitu cinta kepada Allah swt dan rasulNya atau mempersempitkan kecintaannya kepada Rasulullah saw. Kerana semua kecintaan yang menyempitkan kecintaan terhadap Allah swt dan RasulNya, sekiranya dapat melemahkan atau mengurangi kecintaan tersebut, maka ia tercela. Jika akan memperkukuh kecintaan kepada Allah swt dan RasulNya dan menjadi sebab kekuatannya, maka ia terpuji"

Cinta yang bermanfaat terbahagi kepada tiga:Cinta kepada Allah, Cinta kerana Allah dan Cinta terhadap sesuatu yang dapat membantu kepada ketaatan kepada Allah swt dan menjauhi maksiat kepadaNya.

Dan Cinta yang mudharat terbahagi kepada tiga juga:Cinta bersama Allah, Cinta terhadap apa yang dimurkai Allah, dan Cinta terhadap semua yang dapat memutuskan kecintaan Allah atau menguranginya. Ini lah enam pembahagian cinta yang menjadi asas dan dasar cinta semua manusia. Kecintaan kepada Allah swt yang berasal dari cinta yang bermanfaat tadi adalah dasar segala cinta yang terpuji dan ia menjadi dasar iman, tauhid dan dua bahagian lainnya hanya sebagai pelengkap sahaja.

Cinta Menurut Kebanyakkan Manusia

Sebahagian orang ada yang mengatakan, 'Cinta itu buta', 'Cinta itu azab', 'Cinta itu dari pandangan pertama'..

Cinta menurut mereka adalah hubungan nista sebelum pernikahan dan khalwat yang diharamkan..

Cinta bagi mereka adalah bermanis muka, berkata nista dan bertopengkan kejujuran untuk menjerat wanita..

Cinta bagi mereka adalah berpacaran, berpasangan dan berkasih sayang tanpa akad dan pernikahan, cinta bagi mereka adalah hubungan diluar pernikahan..cinta bagi mereka adalah penzinaan dan bersekedudukan..

Cubalah lihat apa yang terjadi diakhir zaman ini, apa yang telah diperbuat olehj kebanyakkan media massa. Lihat lah apa yang berlaku kepada dunia musik, semua mendendangkan suara syaitan dengan jerat-jerat cintanya. Lihat lah dunia perfileman dari Hollywood dan Bollywood nya, semua nya bercerita tentang hubungan yang haram atau cinta yang nista dan menipu. Perhatikan lah pergaulan bebas dijalan-jalan. Seakan mereka ingin menyatakan bahawa cinta adalah milik mereka, bahawa seperti mengatakan kebahagiaan adalah kebahagiaan mereka.

Bagi mereka, perkahwinan adalah kuburan bagi cinta, tidak ada cinta dalam pernikahan yang halal, yang tinggal hanya lah kewajipan dan tanggungjawab, yang ada hanya lah berletih dan berlelah dalam mencari nafkah.

Pemahaman ini, mereka buktikan pula pada banyakkan kegagalan mereka dalam mengharungi bahtera rumah tangga pada awal pelayaran mereka. Sehingga mereka trauma dan berputus asa mencari cinta yang halal, tidak mahu berkeluarga dan memilih untuk membujang selamanya.

Ditambah lagi, kurang nya perhatian dari orang-orang yang saleh terhadap urusan cinta atau mawaddah dan mahabbah, seakan-akan mereka dapat hidup tanpa cinta dan kasih sayang. Terutamanya dari sebahagian sahabat dari ikhwan pengajian dan kuliah, ketika itu mereka telah fokus pada pahala dan ganjaran.

Tidak tahukah mereka bahawa jalan kesyurga banyak bukit dan jurang, dipenuhi dengan onak dan duri?, Bagaimana bias sampai kesana jika tidak dengan cinta?, Bagaimana menimbulkan motivasi dalam meraihnya jika tidak ada pendorong dan sesuatu yang dapat melupakan letih dan susahnya.

Dua orang yang berjalan sambil membawa beban, akan terasa ringan perjalanan mereka tersebut, sekiranya mereka habiskan dengan bercerita.

Begitu lah pula seharusnya menggapai syurga, harus ada sesuatu yang dapat menggembirakan hatinya setelah seharian berpenat lelah berjalan, harus ada pula penghibur jiwanya setelah letih beribadah?, Yang menghiburkan dan membahagiakan nya itu lah Cinta.

Sungguh, membangun cinta dalam bahtera rumah tangga diatas rendah dan tingginya ombak, manis dan pahitnya kehidupan, jauh lebih baik dari apa yang mereka sebut dengan cinta. Lebih indah jika membangun dan melayari bahtera rumah tangga dengan disirami cinta.

Islam Bercerita Tentang Cinta

Cinta itu berat, banyak yang dapat memenangkan pertarungan melawan singa atau ia kuat melawan sepuluh atau seratus orang, tapi sering kali ia tidak kuat melawan gerak gejolak cinta. Allah swt berfirman:

رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya" (Surah Al-Baqarah, 2:286)

Yang tidak sanggup dipikul oleh manusia adalah cinta, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibrahim. Dan Muhammad bin Abdul Wahab berkata itu adalah 'isyq (mabuk cinta). (Tafsir al-Baghawi (1/358))

Manusia diciptakan lemah, terutamanya dalam perihal cinta. Allah swt berfirman:

يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ وَخُلِقَ الْإِنْسَانُ ضَعِيفًا

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah" (Surah An-Nisa' 4:28)

Manusia diciptikan dalam keadaan lemah dalam perkara wanita sebagaimana yang ditafsirkan oleh Thawus rh. Dan berkata Waqi' rh, "Hilang nya akal seorang lelaki ketika bersama mereka (wanita)"

Dan Rasulullah saw bersabda:

وعن أبي سعيد الخدري قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما رأيت من ناقصات عقل ودين أذهب للب الرجل الحازم من إحداك . رواه البخاري ومسلم

Dari Abu Said al-Khudri ra : Telah bersabda Rasulullah saw, 'aku tidak melihat manusia yang kurang akal dan agamanya yang dapat menghilangkan akal lelaki yang tegas seperti salah seorang dari kalian (wanita)" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Suatu hari Rasulullah saw ditanya oleh 'Amr bin 'Ash ra, "Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling engkau cintai?", Beliau berkata, "Apa yang engkau inginkan?" 'Amr berkata, "Hanya sekadar ingin tahu, ya Rasulullah!" Beliau menjawab, "Aisyah", Aku berkata,"Yang kumaksudkan dari laki-laki" Beliau menjawab, "Ayahnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

'Aisyah ra berkata,"Suatu hari isteri-isteri Nabi saw mengirim Fatimah putri Nabi saw, lalu ia masuk, sedangkan beliau berbaring dengan ku diatas selimut milikku. Lalu ia berkata, 'Wahai Rasulullah, isteri-isterimu meminta perlakuan adil terhadap puteri Qohafah (yaitu 'Aisyah), sedangkan aku memilih diam'. Rasulullah saw berkata, "Bukankah engkau mencintai apa yang aku cintai?' Ia berkata, 'Benar', Lalu beliau berkata,'Jika begitu, cintailah ia (yaitu 'Aisyah)" (Hadis Riwayat Muslim)

'Abdullah bin 'Abbas ra berkata, bahawa salah seorang berkata kepada Nabi saw, "Wahai Rasulullah, aku mempunyai anak yatim telah dipinang oleh lelaki kaya dan lelaki miskin. Kami menginginkan yang kaya sedangkan ia menyukai yang miskin". Rasulullah saw bersabda:

لم نر للمتحابين مثل النكاح

"Kami tidak melihat dua orang yang saling mencintai kecuali dengan pernikahan" (Hadis Riwayat Ibnu Majah, disahihkan oleh Syaikh Nasiruddin Al-Albani diSilsilah no 624)

Penutup

Alangkah indahnya hidup berumah tangga dalam rangka penghambaan diri kepada Allah swt. Di dunia mendapatkan kebahagiaan dan diakhirat memperoleh redha dan pengampunan.

Akhirnya kita akhiri dengan doa 'Ibadurrahman (hamba-hamba yang soleh).

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامً

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa" (Surah Al-Furqon 25:74)

Rujukan:

1. Al-Quranul Karim
2. Tafsir Ibnu Kathir
3. Maktabah Syamilah
4. Buhul Cinta oleh Ustaz Armen Halim Naro (Artikel ini dicetuskan dari buku ini)

Blog: www.asyrafdinie.blogspot.com

Artikel ini dicetuskan dari buku "Buhul Cinta" yang ditulis oleh Ustaz Armen Halim Naro. Kuliah yang disampaikan sangat menyentuh hati dan membuat kita benar-benar mengetahui cinta yang hakiki dan ingin untuk menggapai nya.Rakaman Kuliah Membedah buku Buhul Cinta Oleh Ustaz Armen Halim Naro beloh didownload di link dibawah ini:

http://www.4shared.com/file/180096511/50d75177/Armen_Halim_Naro_-_01_Buhul_Ci.html
http://www.4shared.com/file/180097805/fec55019/Armen_Halim_Naro_-_02_Buhul_Ci.html
http://www.4shared.com/file/180099478/26f03434/Armen_Halim_Naro_-_03_Buhul_Ci.html

Wallahua'lam..