AKU, WANITA DAN HAWA..


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. "

AHAKSSS!!!!

June 11, 2011

LAMAKAH KITA DI KUBUR???


Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.
Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;
Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965
"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"
 Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.
"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"
Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.
"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.
"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "
Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.
Muhammad Zaini 19-02-1882 : 31-01-1910
"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.
Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.
"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.
"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.
Ayahnya tersenyum dan menggangguk.
"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.
"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" Mata Yani bersinar ingin tahu.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.
"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.
Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.
"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?" Dia bermonolog sendirian.
Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.
"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "
Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.
"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah  dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?" Jiwanya penuh dengan monolog.
"Ya Allah..."
Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.
"Allahumma as aluka khusnul khootimah"
Berulang kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.
Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.
"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."
>>AKU INSAF SGT2...    T_T

10 PERKARA BUKTI LELAKI ITU RUMIT


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.(x memasal ade pic Adam Lambert...kwangkwang....)





3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. .

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada mereka yg bernama lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar...

June 10, 2011

Nak bohong tak mengagak!!!! BENGANG tul!!!

  Pagi Isnin tu,11 April,aku melapor diri di kilang *tersebut... Bengang la aku pgi tu tiba2 yg dduk seblah aku tu apply opsyen Technician...same je cm aku, bru abes study gak...  "Boleh ke apply Tech???"soalku..






"Boleh la, sape kate x boleh..."jwb budak yg duk kat seblah aku tu... then aku ckap lah, "last week mase interview, sorg supervsr tu kate Tech.hnya LELAKI je??" Perghhhhh!!!!! Bengangnye aku time tu dgn Supervsr tu..
Kalau ye pun tak nak pandg budak yg just ade Certf. jgn lah nak bohong terang2, time tu aku terfikir, Allah tu Maha membantu hambanya, Allah nak tunjukkan kebenaran sekelip mate je.. Da lah hari 1st aku kerja, bertukar hari yg penuh DENDAM+GERAM+ENTAH APE2 NTAH LAGI...
.


















*Tak tersebut pon ..kwangkwang....

AFTER THAT...

     Sekarg da bulan Jun, dah 2 bulan aku meninggalkan dunia "pelajar"... seminggu selepas tamat OJT, aku apply kerja  d sebuah kilang elektronik d sebuah daerah d Pontian.(perlu ke interframe name company tu....~_~")
Aku ingat lagi, hari tu, hari Jumaat, aku dgn seorg sahabt dari tempat blajar yg sama, dtg ke kilng tersebut untuk (niat nak isi borg je..)interview... da siap gitu gini,  dtg sorg supervisor ni(makcik kot...)intervw aku, aku pun tnyekan pada beliau,nak apply jawatn Technician boleh??????
"Technician hanya lelaki sahaja..."dgn muka kerek dye tu, beliau menjawab.. "owh ye ke..."jwbku...
Gitu-gini selesai interview, aku d berikan jawatn sebgai seorg QC-
"Laaa... aku xnak pon jwtn tu, niat kat uma memg nak keje biase2 je, lau tak dapt jwtn Technician tu..."huhhu...alhamdulillah. Bila d fikirkan kembali, ,new knowledge,sblum ni aku tgok kerja2 QC kat kilng tempat aku LI tu je, kerjanya susah je...
"Dtg hari Isnin, tanpa sebarg aksesori ye..." pesan supervisor tu kat aku, coz aku sorg je yg pakai aksesori time interview tu...huhuhuhu...


OFF dulu yee....~_~

Aku  akan stop n off dulu story sepanjg LI d tempat aku menerima ilmu yg sgt2 BERHARGA...
BYE2..
                          

PIONEER OH PIONEER...(PART 2..)

Lepas je abis taklimat @orientasi tgari tu... semua yg melapor diri pada hari tersebut di berikan uniform mengikut option masing2.. "Alamak!!! kene pakai bju renyuk ke???huhuhuhu.. perkara yg x boleh nak terima time tu...
hahahaha!!!
Lebih kurg jam 4.30 bru aku dletakkan  di jabatan Manual Insert(MI)... mase tu macam2 perasaan ade.... nervous+takut+blur2 je...+tak confident untuk mulakan tugasan ...
Aku d letakkan d bwah seliaan Senior Engineer@MI-Pioneer Malaysia... Lau ikutkan aku pun tak tau jawatan beliau sebagai ape, dah pakai topi hijau tu setahu aku Supervisor je... tapi awatnya  pakai bju bru gelap?? hmmm...aku tau pon dlm pertgahan bulan ke 2 terakhir aku kat situ..huhuu.. macam biase la, hari 1st, aku d perkenalkan dgn organisasi dalam jabatan tersebut... kenal dgn mesin2... dgn abg2 senior technician, dan yg paling penting aku tnyekan  ialah balik pukul brape??? hahahahaha!!! Pada hari tu sepatutnya blik jam 6 ptg, tapi aku lewat15 minit...atas arahan Abg Mie, coz bnyak perkara hndak d perkatakan katanye.... ngeeengeee~~~~~~

June 6, 2011

Santai je....

.♥
    .♥
         .♥


.♥        .♥   .♥        
                     .♥    
MENGIMBAS KENANGAN DGN RAKAN2...


  5 Dis 2010- merupakan  hari d mana semua ahli kelab(x perlu lah nak interframe name club tu...) yg wujud kat tempat aku study mengadakan kem "Satu Hati",bertempat di Pantai Puteri, Tnjg Kling,Melaka.. Tak sangka pulak terpilih untuk menjadi seorg Fasilitator..


                     .♥    


W/pun dalam otak aku mase tu setting-"Aku x ready la!!" tapi. Alhamdulillah, aku dapat melaksanakannya dgn baik...Aku d tugaskan dalm check point ke 9... Bile da bersantai macm tu, rase tenang n rileks sgt otak mase tu, memandgkn esoknya(Isnin,exam Teori, 60 soalan..)huhhuu.. ^____^
   Adakalanya, timbul jgak perasaan negatif dalam otak ni, bile melihat gelagat 1 team dari kos tuttttt  yg menggedik dgn #$^&*@!!!!..  huh!!! meluat sey!!! tapi wat tak fham je..

Dah terpesong dah niat tu..ish3x... nasib baik la junior aku...

  
           

June 5, 2011

AISHITERU...