AKU, WANITA DAN HAWA..


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. "

AHAKSSS!!!!

June 25, 2011

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.



Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. - www.iluvislam.com

DUHAI PENDAMPINGKU - Edcoustic




  • Di hatimu tersimpan cinta yang suci
    Serta mendalam pernikahan dari beda dunia
    Meski kau terbiasa hidup tanpa perih
    Namun kau ikhlas hidup bersahaja
    Namun bahagia

    Reff : 
    Duhai pendampingku, akhlakmu permata bagiku
    Buat aku makin cinta
    Tetapkan selalu janji awal kita bersatu
    Bahagia sampai ke surga

    Maafkan aku jika tak bisa sempurna
    Karena ku bukan lelaki yang turun dari surga
    Ketulusan hatimu anugerah hidupku
    Doakan langkah  kita tak berpisah
    Untuk selamanya...


June 24, 2011

Jangan Terpedaya Dengan Cinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jangan Terpedaya Dengan Cinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: 

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".


Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: 

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: 

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

June 23, 2011

AMBIK IKTIBAR LA ZAHARIAH!!!!!!!

2 JENIS MANUSIA YG XKAN BELAJAR:

  1. ORANG YG PEMALU..
                 2.   ORANG YG SOMBONG. 
 Pesanan untuk aku dan rakan2 pembace blog sekalian:...."aku d kategori mane???
      

IM OH IM....

TERUJA LA!!!



DUNIA BERKATA TENTANG IMAM MUDA, TERBITAN MALAYSIA:

"It may look like American Idol or The X Factor, but the contestant aren't vying for money or record the deal..." 
- CNN

"The show has gained a loyal following online. The show's Facebook web page has more than 30, 000 fans..." 
- BBC

"The show became a major hit attracting worldwide interest..." 
- ALJAZEERA

"A show where Islam is the biggest star..." 
- THE NEW YORK TIMES





Siri penjelahan Imam Muda: Season 1st da pernah tgok.. sumenye tgok dlm Youtube jer... Best dan teruja sangat2 dgn rancangan ni.. Paling terujaapabila DUNIA memperkatakan tentangnya..seperti d atas.. paling 
aku bangga dengan 2 indvdu ni: ORANG JOHOR KITE....

IMAM MUDA~season 1st~

IMAM MUDA season 2..
Tahniah n GooD Luck lah untuk mereka berdua ni..

















June 21, 2011

s0RRy ek.... Aku x main ayat Cintan!!!!! !_!

 Geram + bengang la dgn sorg mamat ni, sibuk la nak bg ayat2 cintan kat aku!!! Ingat aku ni ape?? Cair ke dgn ayat dye tuh... Hmmm hampeh... "saye akan tunggu awak sampai bile2.." kwang3x....memang hampeh!!! "tunggu " ape???hahahaha!!!! sejujurnye... SINGLE is BETTER nw...

















Bcoz; I LUV MY TWIN N MY FAMILY!!!!

June 20, 2011

kenangan itu manis..

Ape yg anda fham tentg gambar d atas???huhuhu.. ni just simbol asas dalm ilmu Hidraulik dan Pneumatik... Saje untuk entri kali ni, nak refresh balik mase study subjek ni dulu... aku ingat lg, subjek ni la paling aku takut nak study, paling teruk sampai taknak masuk kelas je bile time ujian amali subjek ni..hahahha!! Lecturer pun sempoi je, buat tak kisah je time mengajar, tapi buat2 muka serius time Ujian Amali...tu yg aku kecut!!!!  paling tak bole bla..time tga wat amali,da siap2 pasang komponen kat 'trainer'nye,tak hidup pulak litar tu...perghhhh!!! lagi la aku bengang...



Hmmm.. ape2 pon, aku rindu sgt2 kenangan itu, bargelumang dgn minyak Hidraulik yg....^_^" fham2 je la baunye... tapi paling tak bole lupe hampir tergelincir dlm lab yg dah d 'basahi' dgn minyak hidraulik..huhuhuhu...